Wednesday 14 March 2012

Makan Malam...


Makan malam disediakan oleh isteri tersayang dan juga adik. Emm...nyum-nyum. Memang makanan kegemaran saya. Tapi, paling banyak pun boleh makan 2 ekor sotong jer.. 

Resepi : 
1 biji bawang holland
2 biji cili besar merah dan hijau. 
5 biji cili padi jika suka pedas.
7 ekor sotong bersaiz sederhana.
Sedikit kicap pekat
Sedikit kicap manis
Sos cili 1 sudu besar
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
  1. Tumiskan bawang, cili padi dan cili besar ke dalam kuali bersama dengan sesudu besar minyak. Kurangkan minyak untuk kesihatan. 
  2. Apabila bau harum bawang yang ditumis, bolehlah memasukkan pula sotong/ dang yang disukai. Biarkan ia masak sebentar.
  3. Masukkan sos, kicap, garam dan sedikit gula. Digaul rata dan diangkat.
  4. Hidangkan.
 Yang ini lagi la meletup.... ikan masin talam ditumis dengan bawang dan cili besar. Sedapnya.
Jaangan lupa rendam dulu ikan masih tersebut, nanti naik pula darah tinggi.

Ini simple jer..tapi masak memang kena masak sikit jer... Saya memang tak makan sangat sayur mayur ni...  he...he..he.. isteri saya selalu bising. Kalau masak sayur, saya akan ambil, 2-3 batang sahaja. kadang-kadang tu tak sampai pun sesudu... emmmh... sayang jangan marah yer...

Ikan malam tu special la sikit. Isteri saya suka perap dengan bawang putih dan juga halia.  selain daripada serbuk kunyit. Memang lazat sangat. Rasa dia punya rempah tu...

Dannnnnnnn....inilah yang paling penting. Ini pelengkap ni... potong jer jering dengan petai. Cicah budu. Kalau nak sedap lagi, masukan bawang, cili padi yang dipotong-potong ke dalam budu tersebut. Masukan juga ikan bakar atau ikan rebus dan juga asam limau, kalau boleh asam limau kerat lintang. Tau ker? Pergilah cari dekat pasar. Pasti ada. 

Okeylah...selamat menjamu selera. 



Tuesday 13 March 2012

Search This Blog

Pages

Powered By Blogger